Gedung Ilmu
Kami merupakan pengedar buku-buku novel untuk dibeli secara borong atau runcit. Sekiranya berminat untuk membeli atau mendapatkan diskaun boleh email ke alafjuara@gmail.com
Isnin, 18 November 2013
Rabu, 30 Oktober 2013
Twilight

Price: RM34.90
Weight: 405 Grams
Author: Stephenie Meyer
Type: Novel
Language: Bahasa Malaysia
Publication Year: 2010
Saga Twilight: Senjakala (Twilight)
Tiga perkara yang aku pasti: Pertama, Edward sebenarnya pontianak. Kedua, sebahagian daripada dirinya – dan aku tidak tahu betapa kuatnya sebahagian itu – yang dahagakan darahku. Dan ketiga, aku sungguh-sungguh mencintainya.
Saga Twilight: Cinta Baru (New Moon)
Aku tahu yang kami berdua benar-benar dalam bahaya. Meskipun begitu, aku masih merasa tenang dan selamat. Merasa sempurna. Jantungku berdegup kencang. Nadiku sekali lagi berdenyut pantas dan hangat, dan dadaku penuh dengan keharuman aroma kulitnya. Kelukaan dahulu seolah-olah telah tiada. Aku sihat – bukan sembuh daripada luka, tetapi seolah-olah luka itu memang sedia tiada sejak mula.
Saga Twilight: Gerhana (Eclipse)
Dalam keheningan suasana sepi, segala-galanya tiba-tiba terpampang jelas di fikiran, terbit daripada hati yang membisikkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Ada sesuatu yang Edward sembunyikan daripadaku. Sesuatu yang tidak mungkin dirahsiakan oleh Jacob... Semua masih belum berakhir, bukan? Keyakinan Bella terhadap si pontianak begitu kuat sehingga dia terlupa bahawa hatinya juga ada cinta terhadap serigala jadi-jadian itu...
Saga Twilight: Fajar (Breaking Dawn)
"Jangan takut," bisikku. Kita akan sentiasa bersama-sama. Aku tiba-tiba dilanda perasaan teruja akan kebenaran kata-kataku sendiri. Detik ini begitu sempurna, begitu kena, tidak syak lagi. Tangannya memelukku, mendakapku erat... Rasanya seperti setiap hujung saraf dalam tubuhku mengalirkan arus elektrik. "Selama-lamanya," dia mengiyakan.

Harry Potter

Price: RM19.90/book
Item Code: GI.SHPM53S1
Weight: 285 Grams
Author: J.K. Rowling
Type: Novel
Language: Bahasa Malaysia
Publication Year: 2008
Harry Potter dan Batu Hikmat
Selama ini Harry Potter menyangka yang dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yang menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya – sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, belajar bermain Quidditch, dan berjuang untuk menyelamatkan nyawanya. Semua itu dialaminya kerana dia HARRY POTTER, SEORANG AHLI SIHIR!
Harry Potter dan Bilik Rahsia
Harry Potter seorang ahli sihir terkemuka yang menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yang kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman yang mengerikan menantinya di Hogwarts.
Harry Potter dengan Banduan Azkaban
Selama dua belas tahun, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam, Sirius Black. Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara, dan kini sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas kejatuhan tuannya. Harry Potter dalam bahaya. Tembok tebal sekolah sihirnya sekali pun tidak dapat melindunginya daripada Sirius Black, apatah lagi dengan adanya musuh dalam selimut di sekolah itu.
Harry Potter dalam Piala Api
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya! Tanda-tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu-satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter. Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat.
Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix
Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal-kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap. Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun-tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet. Harry bimbang yang dia mungkin terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.
Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan
Pertengahan musim panas, tetapi kabus di luar musim yang melanda, menerpa cermin-cermin jendela. Di biliknya di rumah keluarga Dursley di Privet Drive, Harry Potter sedang tertunggu-tunggu penuh cemas Profesor Dumbledore datang sendiri untuk menjemputnya. Harry hampir-hampir tidak percaya bahawa dalam banyak tempat di dunia, Profesor Dumbledore muncul di rumah keluarga Dursley. Mengapa baru sekarang profesor itu datang? Apakah perkara yang penting sangat yang tidak sempat-sempat menunggu Harry kembali ke Hogwarts dalam masa beberapa minggu lagi? Tahun keenam Harry di Hogwarts bermula dengan permulaan yang di luar jangkaan apabila dunia Muggle dan dunia ajaib mulai menyatu...
Harry Potter dengan Azimat Maut
Harry Potter dibebani sesuatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki Horcrux-Horcrux Voldemort. Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti yang dialaminya sekarang. Namun, dia perlu sedaya upaya mencari kekuatan diri bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kehangatan di The Burrow dan mengharungi, tanpa gentar dan ragu-ragu, laluan pasti yang dilakar untuknya.

Sepasang kasut merah

Price: RM18.90
Item Code: NPM046
Weight: 275 Grams
ISBN: 9789675671500
Author: Phakinai
Type: Novel
Language: Bahasa Malaysia
Publication Year: 2013
Sejak membeli sepasang kasut merah terpakai, hidup Ying tidak setenang
dahulu. Sering mengalami gangguan, Ying sentiasa dalam ketakutan. Bront,
kekasihnya, yang turut mengalami kejadian aneh, membawa Ying pulang ke
kampung halamannya. Usaha itu sia-sia. Bayangan misteri terus memburu
mereka. Siapakah yang mengganggu mereka dan mengapa? Benarkah mereka
diganggu oleh roh pemilik kasut merah? Adakah jalan keluar untuk mereka,
atau bakal mengalami nasib yang serupa seperti pemilik asal kasut merah
itu? Ikutilah kesudahannya dalama cerita ini.
Selasa, 29 Oktober 2013
Buaya Putih Tasik Biru

Price: RM6.90
Item Code: GI.PGM002
Weight: 95 Grams
ISBN: 9789675671555
Author: Rauzita Mohd Judin
Type: Novel
Language: Bahasa Malaysia
Publication Year: 2013
Dora memang pelik. Sejak kecil hingga usianya enam tahun, dia tidak suka makan. Apabila tiba masa makan, Sally, ibunya, terpaksa mencarinya di sekeliling rumah. Tidak suka dipaksa makan, suatu hari Dora lari dari rumah. Dua kemudian ditemui pengsan di tebing Tasik Biru. Sejak itu, Dora kuat makan. Tetapi apakah yang membuat Dora kuat makan sehingga dia mengalami kegemukan? Benarkan dia melihat seekor buaya putih membaham seorang budak kurus? Semuanya terjawab setelah dis berkawan dengan Mayo, seorang budak lelak berketurunan Bidayuh.
Aku Putu Embah Darman

Price: RM6.90
Item Code: GI.PGM004
Weight: 95 Grams
ISBN: 9789675671579
Author: Norliza Ahmad
Type: Novel
Publication Year: 2013
Dani amat menyayangi embahnya. Sejak ketiadaan ayang dan ibu, merekalah
tempat Dani bergantung hidup. Kegigihan mereka mengajar Dani erti sabar
dan cekal. Ketekalan mereka mengamalkan budaya dan warisan nenek moyang,
menjadi ikutannya. Walaupun orang yang dikasihi sudah tiada, Dani tetap
berpegang pada didikan yang baik.
Air Mata Qaseh

Price: RM6.90
Item Code: GI.PGM008
Weight: 95 Grams
ISBN : 9789675671616
Author: Rafizah Mohamed Salleh
Type: Novel
Language: Bahasa Malaysia
Publication Year: 2013
Arman tahu bahawa hubungan Qaseh dan Tok Wan begitu istimewa.
Qaseh yang tidak kembali ke pantai, membuat Tok Wan tertunggu-tunggu,
sehinggalah lelaki tua itu meninggal dunia. Kini Arman pula
ternanti-nanti akan Qaseh. Berharap Qaseh mendarat lagi di pantai. Arman
benci orang yang mengambil telur penyu. Benci orang yang menyebabkan
kepupusan haiwan itu. Suatu hari, Qaseh pulang dan bertelur semula di
pantai. Akan tetapi, Arman pula dalam dilema apabila ibunya mengidamkan
telur Qaseh. Arman terpaksa memilih antara Qaseh dengan tanggungjawabnya
sebagai anak. Akhirnya Arman melanggar prinsip sendiri!
Langgan:
Ulasan (Atom)